Tajuk kajian:
Sejarah ringkas
Kegagalan bank dalam pengurusan risiko dapat dilihat daripada pengurusan hutangnya. Kegagalan pengurusan hutang boleh menimbulkan risiko kecairan yang menjurus kepada insolvensi atau ketidaksolvenan. Ianya juga akan mengundang pelbagai risiko lain seperti risiko kredit, reputasi, pengeluaran, kecairan, operasi dan akhirnya terdedah kepada risiko ketidaksolvenan.
Menurut BIMB, risiko kredit berpunca daripada semua urus niaga yang boleh membawa kepada tuntutan sebenar, luar jangka atau berpotensi terhadap mana-mana pihak, peminjam atau penanggung obligasi. Jenis risiko kredit yang dianggap penting oleh bank termasuk: risiko mungkir, risiko penyelesaian, risiko penumpuan kredit, risiko pengurangan baki/kredit dan risiko migrasi.
Risiko
mungkir berlaku apabila syarikat atau individu tidak akan dapat membuat bayaran
yang diperlukan pada obligasi hutang mereka. Risiko mungkir berlaku kepada
semua jenis pinjaman. Pinjaman yang paling berisiko adalah pinjaman tunai atau
juga dikenali sebagai pinjaman peribadi. Sekiranya risiko mungkir tidak diurus
dengan baik, bank akan terdedah kepada risiko hutang lapuk. Hutang lapuk
dianggap sebagai kerugian kepada sesebuah bank. Ini disokong oleh kajian lain
yang mendapati bahawa pinjaman tidak berbayar atau hutang lapuk menyebabkan
bank mengalami risiko untuk beroperasi.
Perkenalkan jurang kajian
Bank
sentiasa mencari jalan untuk menurunkan risiko. Namun, kaedah-kaedah yang
diperkenalkan oleh bank masih tidak membantu untuk mengurangkan risiko mungkir.
Pada tahun 2014, sebanyak 17 bank di Amerika Syarikat telah tutup disebabkan
kebankrapan atau insolvensi. Justeru itu, pengurusan bank-bank Islam perlu
lakukan inisiatif dalam usaha untuk mengurangkan risiko mungkir yang membawa
kepada hutang lapuk. Setiap tahap kutipan ini sentiasa perlu dipantau dan
dinilai pada bila-bila masa. Sekiranya ada satu kaedah atau model kutipan yang
baik, pinjaman tidak berbayar di perbankan Islam dijangka menurun kepada
menjadi lebih baik.
Perkenalkan perbincangan
dalam jurang
Pengurusan kredit penting dalam mengurangkan risiko mungkir dan mengurangkan akaun delinkuen. Pemantauan dan tindakan agresif perlu dilaksanakan segera apabila akaun telah masuk dalam kategori delinkuen. Antara risiko yang berlaku akibat ketidakcekapan dalam menguruskan kutipan balik hutang adalah risiko kredit dan risiko operasi kepada bank. Ini kerana risiko merupakan suatu ketidakpastian yang dapat menimbulkan kerugian.
Perkenalkan sokongan/
cadangan penyelesaian/ fokus kajian
Satu
kaedah yang perlu dilaksanakan adalah penggunaan emas dalam pembiayaan
peribadi. Emas memainkan peranan signifikan apabila berlaku krisis politik dan
ekonomi serta pergolakan pasaran ekuiti di mana emas boleh mencapai harga yang
paling tinggi. Krisis kewangan ASEAN dan ketekanan politik di Afrika Selatan
merupakan faktor yang signifikan dalam mempengaruhi harga emas (Cai et al.,
2001). Hal ini turut dinyatakan oleh kajian lain (Smith, 2002) yang menyatakan
“apabila persekitaran ekonomi menjadi tidak stabil, adalah lebih baik melabur
emas sebagai pelindung kekayaan.” Beliau menyatakan berdasarkan kejadian
serangan pengganas pada 11 September 2001 di mana saham Financial Times Stock
Exchange (FTSE) mengalami penurunan iaitu sebanyak 9% manakala harga emas di
London meningkat sebanyak 7.45%.
Kepentingan kajian
Kajian ini dapat membantu pihak bank dalam mencari alternatif untuk menawarkan pinjaman peribadi berasaskan Qardul Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah. Di samping itu ianya satu kaedah baru atau langkah awal bagi menangani jumlah hutang tidak berbayar. Oleh kerana risiko memberi kesan kepada kewangan bank, maka sebolehnya risiko cuba dihapuskan dan dielakkan melalui beberapa pendekatan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerangkan satu kaedah baru iaitu pengenalan emas dalam pinjaman peribadi yang dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan risiko kredit.
****************************
Amacam? π Boleh ikut?? Atau nak tau teknik-teknik lain untuk menghasilkan pengenalan yang lebih mudah?? sila ikuti siri bengkel kami yang akan datang. Rahsia akan terbongkar..
Sekian, harap membantu
p/s: Perlukan bantuan untuk membuat semakan kajian anda? sila pm
0 comments:
Post a Comment