RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

Kesilapan Dalam Penulisan Pernyataan Masalah

Thursday, April 9, 2020

KESILAPAN DALAM PENULISAN PERNYATAAN MASALAH πŸ€”

Pernah tak penyemak atau sapa-sapa saja yang baca artikel atau proposal anda.. kemudian mereka kata tak faham apa yang sebenarnya yang anda nak kaji???😎

Kenapa begini?? Ini kerana mereka tak faham apa isu yang anda bawa atau lebih tepat penulisan pernyataan masalah (pm) anda.🚢🏻‍♂️

Dalam penilisan artikel kajian, biasanya pernyataan masalah di tulis terus dalam pengenalan tanpa ada tajuk khusus seperti dalam penulisan tesis.

Antara kesilapan penulisan pm adalah:

a) Penulisan anda bercabang2. Sebab anda bawa isu anda bersama dengan isu2 lain yang tiada kaitan dengan sepatutnya. Kenapa begini.. sbb isu anda sikit je, lepas tu anda cuba masukkan benda2 tambahan supaya nampak penulisan anda panjang.. tp oleh kerana xda kaitan.. ianya bercabang dan menjadikan sukar untuk difahami. So.. kalau nak panjangnya.. kena la fokus dan bukanya bercabang-cabang..🧟‍♂️

b) Anda tidak fokus. Contohnya objektif anda nak kaji tahap pengetahuan Forex... Sepatutnya pm anda membincangkan beberapa aspek seperti.. pengetkahuan forex.. tahap pendidikan forex.. kajian2 sebelum ini menyatakan forex sukar di fahami, .. tidak di ajar secara umum.. ini disokong oleh... yang menyatakan forex hanya boleh dikendalikan oleh pakar..

C) Anda tidak tahu apa sebenarnya tu pernyataan masalah. Atau tak mahir untuk meng"hot" kan masalahh.

Pm yang baik adalah yang bermula dengan satu isu panas, kemudian di panaskan lagi dengan sokongan2 spt pembuktian statistik, sokongan jurnal dan lain2... inilah maksud fokus...

Sehingga akhirnya dengan pernyataan tersebut yg anda tulis dapat menjawab soalan "so what??" "So.. apalah?"

Anda sendiri boleh menulis di akhir pm anda seperti..

... berdasarkan kepada isu2 yang dibincang diatas, kini timbul persoalan iaitu adakah tidak ramai yang mahir dalam forex? Justeru kajian ini di jalankan untuk menilai tahap pengetahuan forex dalam kalangan pensyarah Politeknik.πŸŽ†

Cth pm yang fokus:

Banyak kajian menunjukkan bahawa merokok adalah bahaya untuk kesihatan.  Ini disokong oleh statistik kematian akibat merokok yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan perkara ini sangat serius. Pelbagai iklan di media sosial dan elektronik dibuat bagi memberi kesedaran orang ramai terhadap bahaya merokok, Namun statistik perokok bertambah saban tahun. Justeru timbul persoalan, adakah orang ramai belum sedar bahaya merokok? Justeru kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesedaran tentang bahaya merokok dalam kalangan orang ramai.

Contoh pm yang tidak fokus:

Banyak kajian menunjukkan bahawa merokok adalah bahaya untuk kesihatan.  Di negara ini rokok banyak di jual di merata tempat. Rokok-rokok juga diseludup dari negara jiran. Tidak puas dengan rokok dan isu puntung rokok, vape telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa. Justeru kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesedaran tentang bahaya merokok dalam kalangan orang ramai. 😒**

**Penulisan pernyataan seperti inilah yang menyebabkan penyemak/ penyelia tidak berpuas hati dengan penulisan kita..

Nampak x perbezaan yg fokus dan yg x fokus?πŸ‘

Kesimpulan.. pernyataan masalah mestilah selari dengan persoalan kajian.. seterusnya juga selari dengan objektif kajian..

Semoga bermanfaatπŸ˜…πŸ˜…♥️♥️

Dr.D






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: