Abstrak atau sinopsis kajian akan ditulis pada awal penulisan tesis, artikel, jurnal, buku atau sesuatu penulisan. Tujuan penulisan abstrak adalah untuk menggambarkan keseluruhan penulisan atau kajian yang kita akan atau telah jalankan. Antara kandungan penting yang perlu ada dalam penulisan abstrak adalah:
A) latar belakang kajian/ projek,
B) objektif kajian/ projek,
C) instrumen yang digunakan,
D) hasil kajian,
E) kepentingan kajian dan implikasi dasar kajian dan
F) kata kunci.
Semua perkara tersebut perlu ditulis dengan ringkas dan padat. Sebahagian jurnal menghadkan bilangan perkataan, seperti tidak boleh melebihi 200, 250, 150 patah perkataan. Bagi penulisan abstrak dalam tesis sebaiknya tidak melebihi satu muka surat. Sebagai panduan, lihat contoh-contoh yang disediakan.
CONTOH PENULISAN ABSTRAK
TAJUK:
Tanggapan Sokongan Organisasi Dan Penglibatan Aktiviti Kerohanian B40 Muslim Yang Berhutang
ABSTRAK
Dalam Islam, organisasi mempunyai peranan yang penting dalam usaha untuk membangunkan harga diri dan hubungan sosial warganya. Pengkaji barat seperti Maslow juga mencadangkan supaya pengurus organisasi mengenal pasti kekurangan dalam keperluan pekerjanya kerana perkara ini boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang. Tahap keperluan motivasi Maslow dapat dipenuhi melalui bentuk sokongan organisasi melalui program-program berbentuk penghargaan dan sebagainya. Justeru kajian ini dijalankan untuk menilai tanggapan terhadap sokongan majikan dan tahap penglibatan aktiviti kerohanian dan sosial masyarakat Felda Kumpulan B40 yang dapat membantu dalam pembentukan harga diri dan hubungan sosial. Seramai 378 sampel warga Felda Kumpulan B40 di Lahad Datu, Sabah yang berhutang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan statistik skor min. Hasil kajian mendapati tanggapan warga Felda B40 yang berhutang terhadap sokongan majikan adalah pada tahap sederhana. Manakala penglibatan aktiviti kerohanian dan sosial adalah pada tahap rendah. Implikasinya, kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Felda, majikan-majikan dan pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk merangka pelan pembangunan insan bagi memperkasakan lagi hubungan sosial B40 menurut acuan syariah.
Kata Kunci: Sokongan Organisasi, Aktiviti Kerohanian dan Sosial, Berpendapatan Rendah (B40)
Seperti contoh di atas, berdasarkan warna
A) latar belakang kajian/ projek,
B) objektif kajian/ projek,
C) instrumen yang digunakan,
D) hasil kajian,
E) kepentingan kajian/ projek dan implikasi dasar kajian dan
F) kata kunci.
Cara penulisan abstrak bagi projek/ produk:
MEJA
BOLEH LARAS
Abstrak
Pada masa kini ruangan
merupakan isu utama dalam rumah mahupun pejabat. Disebabkan harga rumah semakin
mahal, kemampuan orang juga semakin berkurang. Laporan ini telah banyak disiarkan
dalam akhbar tempatan. Justeru itu, ramai orang hanya mampu membeli rumah yang
kecil. Kesannya, ruangan dalam rumah seperti bilik tamu, bilik tidur dapur dan
juga semakin mengecil. Tempat untuk meletakkan perabot seperti meja dan
kerusi juga terhad. Berdasarkan kepada masalah ini, satu produk perlu
dibina bagi menyelesaikan masalah ruang. Oleh itu, objektif produk kami adalah
untuk membina meja makan boleh laras. Meja ini dihasilkan daripada kayu yang ringan dan menggunakan penyambungan engsel. Meja makan ini boleh dilipat menjadi
kecil dan boleh diletakkan di ruangan yang kecil setelah selesai penggunaannya
(selesai makan). Meja ini juga boleh dikembangkan mengikut saiz tertentu
seperti untuk kegunaan satu orang dan boleh dilaraskan sehingga maksimum yang
mencukupi sehingga 5 orang.
Kata kunci: Rumah, ruangan,
meja boleh laras
0 comments:
Post a Comment