RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

CARA PENULISAN PENDAHULUAN (INTRODUCTION) DAN SKOP PROJEK

Monday, August 31, 2020

 CARA PENULISAN PENDAHULUAN (INTRODUCTION)

Salam. Jom kita lihat macam mana artikel-artikel menulis pendahuluan dan skop projek. Klik picture di bawah



Untuk menulis pengenalan yang terperinci, perlu ada beberapa perkara iaitu:

1. Sejarah ringkas

2. Perkenal gap

3. Perkenal argument

4. Perkenal support / proposes solution / focus projek

5. Kenapa produk anda penting utk dijalankan

 

Jom kita tengok contoh berikut:

CONTOH TAJUK: MEJA MAKAN BOLEH LARAS

PENGENALAN

1. Sejarah ringkas

Tulis sikit sejarah berkaitan meja makan. Meja makan telah digunakan sekian lama sejak awal peradaban Yunani, Rom lagi. Beberapa meja yang ditemui diperbuat daripada tanah. Meja makan yang ramai boleh menepatkan ramai orang. Makanan dan minuman biasanya diletakkan di atas meja makan untuk dimakan. Sejarah menunjukkan orang Mesir menggunakan pelbagai meja kecil dan slab tinggi. China juga mempunyai meja awal, untuk meneruskan seni penulisan dan lukisan. Orang Yunani dan Rom menggunakan kerap menggunakan meja untuk makan. Orang-orang Yunani mencipta meja makan daripada batu marmar atau kayu dan logam (biasanya tembaga atau aloi perak) dibuat, kadang-kadang kaya dengan kaki cantik.

2. Perkenal gap

Tulis mengenai senario situasi semasa berkaitan produk yang dikaji dengan memperkenalkan “gap” dalam “meja makan”. Meja yang dicipta biasanya agak besar untuk membolehkan ramai orang boleh makan bersama. Keadaan meja yang besar tersebut bersesuaian dengan saiz rumah mereka yang besar juga. Namun kini, keadaan telah berubah di mana rumah-rumah adalah kecil disebabkan harga bagi mendapatkan rumah besar di luar kemampuan. Justeru itu, projek kali ini adalah untuk menghasilkan meja yang boleh laras di mana meja tersebut boleh dikecilkan apabila tidak digunakan. Meja yang laras setakat ini belum lagi diperkenalkan di pasaran.

3. Perkenal argument

Bahagian ini perlu timbulkan argument untuk memperbaiki keadaan dengan membincangkan senario / keadaan semasa. Meja yang boleh laras ini sangat sesuai pada ruangan yang sederhana dan kecil. Di samping itu, meja ini boleh dibawa ke mana-mana disebabkan ianya boleh dilipat menjadi kecil. Meja yang banyak dijual adalah tidak laras dan sukar untuk dibawa.

4. Perkenal support / proposes solution / focus kajian

Perkenalkan produk anda untuk mengatasi masalah dalam gap (*** dalam penulisan pendahuluan ini boleh terus perkenalkan produk anda, boleh masukkan di bahagian ini untuk perkenalkan produk anda.) Fokus produk anda adalah untuk mengatasi ruangan yang sempit. Kebanyakan rakyat di negara ini mempunyai ruangan dapur ataupun ruang tamu yang sempit, lebih-lebih lagi rumah mereka yang berada di flat atau pangsa. Justeru itu ruangan perlu di manfaatkan sepenuhnya. Antara perabot yang menggunakan ruangan yang besar adalah meja makan.

5. Kenapa produk / inovasi anda penting utk dihasilkan

Di bahagian akhir inilah anda simpulkan betapa pentingnya kajian yang akan anda jalankan. ini bersaiz 2 meter lebar dan 4 meter panjang jika dibuka sepenuhnya. Namun ianya boleh dilipat sehingga saiz menjadi setengah meter persegi. Gambar meja ada seperti berikut. Produk ini perlu dihasilkan bagi penjimatan ruang.


 Sumber idea: http://drotspss.blogspot.com/2014/10/tajuk-663-5-langkah-menulis-latar.html



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: