RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

CONTOH PENULISAN IMPAK PRODUK (PRODUCT IMPACT) DALAM REPORT

Thursday, March 19, 2020


PRODUCT IMPACT
(IMPAK PRODUK)

CONTOH 1

IMPAK PRODUK INOVASI: 4IN1 Stepper Motor Training Kit


Kelebihan Produk:

1. Alat bantuan mengajar yang interaktif dan mesra pengguna.
Dibantu dengan Graphical User Interface (GUI) yang dihasilkan menggunakan Microsoft Visual Studio, ini menjadikan alat bantu mengajar lebih menarik dan berkesan untuk memudahkan para pelajar memahami dan mengendalikan stepper motor.

2. Kompeten dalam mengendalikan stepper motor menggunakan 3 kaedah utama.
Alat bantu mengajar ini akan menjadikan para pelajar lebih berkemahiran dalam membuat penyambungan stepper motor sama Ada menggunakan Basic Control Circuit, Microcontroller atau PLC. Ini kerana training kit yang dihasilkan ini memfokuskan bukan sahaja kepada kaedah program tetapi turut menitikberatkan cara penyambungan.

3. Peningkatan produktiviti.
Melalui alat bantu mengajar yang diilhamkan ini, masa pembelajaran dapat diminimumkan dan kos membeli alat bantuan mengajar dapat dikurangkan. Ini kerana jika sebelum pelaksanaan produk ini, banyak masa yang digunakan untuk memahami stepper motor menggunakan 3 kaedah yang berbeza di samping memerlukan pembelian alatan yang berlainan. Ini secara langsung memudahkan para pelajar dalam mengaplikasikan kaedah yang terlibat dalam projek akhir pelajar.


CONTOH 2

IMPAK/ KEBERKESANAN PRODUK INOVASI: FLIP NOTE

1. Pelajar lebih mudah mengingati ciri-ciri dokumen perniagaan tersebut.

2. Memupuk perasaan seronok pelajar khasnya dalam mengenali dokumen
perniagaan.

3. Memudahkan pensyarah untuk membimbing pelajar khasnya yang lemah atau
sukar mengingati bagaimana merekod dokumen perniagaan.

4. Panduan kepada pelajar untuk merekod urus niaga di dalam kelas mahupun dalam
persekitaran kerja yang sebenar.

5. Selain itu ia bukan sahaja boleh digunakan di peringkat kolej, malahan boleh
digunakan untuk pelajar peringkat sekolah menengah dan individu yang tiada asas
perakaunan kerana ia mudah difahami.

6. Prestasi pelajar dalam menjawab kuiz telah meningkat kerana ia membantu
pelajar mengingati fakta semasa mengulang kaji pelajaran.

7. Selain dari itu, para peniaga juga boleh menggunakan Flip Note ini sebagai
panduan atau rujukan mereka dalam mengenali fungsi-fungsi dokumen tersebut.

8. Bagi Kolej Komuniti khasnya ia boleh dijadikan sebagai cenderahati atau bahan
aktiviti promosi untuk menarik bakal pelajar mengikuti program berasaskan
perakaunan dan perniagaan sepenuh masa atau kursus jangka masa pendek
seperti Program Pengoperasian Perniagaan

Sumber:



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: