RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

CARA PENULISAN PENDAHULUAN (INTRODUCTION) DAN SKOP PROJEK

0 comments

Monday, August 31, 2020

 CARA PENULISAN PENDAHULUAN (INTRODUCTION)

Salam. Jom kita lihat macam mana artikel-artikel menulis pendahuluan dan skop projek. Klik picture di bawah



Untuk menulis pengenalan yang terperinci, perlu ada beberapa perkara iaitu:

1. Sejarah ringkas

2. Perkenal gap

3. Perkenal argument

4. Perkenal support / proposes solution / focus projek

5. Kenapa produk anda penting utk dijalankan

 

Jom kita tengok contoh berikut:

CONTOH TAJUK: MEJA MAKAN BOLEH LARAS

PENGENALAN

1. Sejarah ringkas

Tulis sikit sejarah berkaitan meja makan. Meja makan telah digunakan sekian lama sejak awal peradaban Yunani, Rom lagi. Beberapa meja yang ditemui diperbuat daripada tanah. Meja makan yang ramai boleh menepatkan ramai orang. Makanan dan minuman biasanya diletakkan di atas meja makan untuk dimakan. Sejarah menunjukkan orang Mesir menggunakan pelbagai meja kecil dan slab tinggi. China juga mempunyai meja awal, untuk meneruskan seni penulisan dan lukisan. Orang Yunani dan Rom menggunakan kerap menggunakan meja untuk makan. Orang-orang Yunani mencipta meja makan daripada batu marmar atau kayu dan logam (biasanya tembaga atau aloi perak) dibuat, kadang-kadang kaya dengan kaki cantik.

2. Perkenal gap

Tulis mengenai senario situasi semasa berkaitan produk yang dikaji dengan memperkenalkan “gap” dalam “meja makan”. Meja yang dicipta biasanya agak besar untuk membolehkan ramai orang boleh makan bersama. Keadaan meja yang besar tersebut bersesuaian dengan saiz rumah mereka yang besar juga. Namun kini, keadaan telah berubah di mana rumah-rumah adalah kecil disebabkan harga bagi mendapatkan rumah besar di luar kemampuan. Justeru itu, projek kali ini adalah untuk menghasilkan meja yang boleh laras di mana meja tersebut boleh dikecilkan apabila tidak digunakan. Meja yang laras setakat ini belum lagi diperkenalkan di pasaran.

3. Perkenal argument

Bahagian ini perlu timbulkan argument untuk memperbaiki keadaan dengan membincangkan senario / keadaan semasa. Meja yang boleh laras ini sangat sesuai pada ruangan yang sederhana dan kecil. Di samping itu, meja ini boleh dibawa ke mana-mana disebabkan ianya boleh dilipat menjadi kecil. Meja yang banyak dijual adalah tidak laras dan sukar untuk dibawa.

4. Perkenal support / proposes solution / focus kajian

Perkenalkan produk anda untuk mengatasi masalah dalam gap (*** dalam penulisan pendahuluan ini boleh terus perkenalkan produk anda, boleh masukkan di bahagian ini untuk perkenalkan produk anda.) Fokus produk anda adalah untuk mengatasi ruangan yang sempit. Kebanyakan rakyat di negara ini mempunyai ruangan dapur ataupun ruang tamu yang sempit, lebih-lebih lagi rumah mereka yang berada di flat atau pangsa. Justeru itu ruangan perlu di manfaatkan sepenuhnya. Antara perabot yang menggunakan ruangan yang besar adalah meja makan.

5. Kenapa produk / inovasi anda penting utk dihasilkan

Di bahagian akhir inilah anda simpulkan betapa pentingnya kajian yang akan anda jalankan. ini bersaiz 2 meter lebar dan 4 meter panjang jika dibuka sepenuhnya. Namun ianya boleh dilipat sehingga saiz menjadi setengah meter persegi. Gambar meja ada seperti berikut. Produk ini perlu dihasilkan bagi penjimatan ruang.


 Sumber idea: http://drotspss.blogspot.com/2014/10/tajuk-663-5-langkah-menulis-latar.html



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penulisan Isu (Projek Pelajar Diploma)

0 comments

Monday, August 10, 2020

 Penulisan Isu (untuk beginner)

Isu dalam penulisan merupakan perkara yang sangat penting. Isu akan dijadikan justifikasi untuk menjalankan kajian atau mencipta satu-satu produk atau inovasi. Isu boleh dipetik dalam pelbagai sumber seperti buku, artikel, rencana, berita, akhbar, temuduga orang, soal selidik, berjumpa terus dengan mereka yang ada masalah dan lain-lain.

Contoh isu: Larangan penggunaan straw plastik. (BOLEH DIJADIKAN ISU/ SOKONGAN UNTUK MENCIPTA PRODUK BARU)

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/379373/larangan-straw-plastik-hanya-untuk-peniaga


CONTOH SATU:

TAJUK PROJEK: CADANGAN MENGHASILKAN STRAW JERAMI

Contoh penulisan isu:

Penggunaan straw dalam minuman merupakan perkara yang telah lama berlaku. Banyak kajian dan laporan telah ditulis mengenai bahawa penggunaan straw. Antara laporan yang didedahkan adalah bahaya plastik dalam kehidupan yang ditulis oleh Nor 'Asyikin (2018) dalam MyMetro bertarikh 2 Disember 2018. Laporan tersebut mendedahkan bahaya penggunaan plastik yang turut dikaitkan dengan straw plastik. Antara keburukannya adalah kandungan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti. Selain itu, kesan lain adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh. Penggunaan plastik juga boleh mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan sekiranya ibu banyak terdedah kepada phthalate. Kemungkinan lain yang boleh terjadi daripada penggunaan plastik adalah seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak.

Bagi tujuan kesihatan, larangan penggunaan straw plastik juga telah dicadangkan kepada peniaga. Perkara ini telah dilaporkan dalam MyMetro bertarikh 21 September 2018. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, penguatkuasaan larangan itu akan ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang menjadi pemegang lesen dan bukan terhadap rakyat. Beberapa portal berita turut melaporkan larangan penggunaan straw di restoran dan kedai makan bermula 1 Januari 2020.

Objektif Projek

Berdasarkan kepada situasi di atas, satu produk untuk menggantikan straw plastik perlu dibuat disebabkan tabiat penggunaan straw sukar untuk dielakkan. Justeru itu, kumpulan kami akan mencipta satu straw yang diperbuat daripada jerami. Ini berdasarkan kepada kebaikan yang ada pada jerami itu sendiri iaitu dari sudut pandangan kimia, jerami adalah protein dan serat, banyak vitamin, mineral dan bahan-bahan berguna lain.


CONTOH DUA:

TAJUK PROJEK: CADANGAN MENGHASILKAN MEJA BOLEH LARAS

Isu / masalah:

Pada masa kini ruangan merupakan isu utama dalam rumah mahupun pejabat. Disebabkan harga rumah semakin mahal, kemampuan orang juga semakin berkurang. Laporan ini telah disiarkan dalam MyMetro bertarikh 25 Oktober 2019. Justeru itu, ramai orang hanya mampu membeli rumah yang kecil. Kesannya, ruangan dalam rumah seperti bilik tamu, bilik tidur dapur dan juga semakin mengecil. Tempat untuk meletakkan perabot seperti meja dan kerusi juga terhad.

Berdasarkan kepada masalah ini, satu produk perlu dibina bagi menyelesaikan masalah ruang. Oleh itu, objektif produk kami adalah untuk membina meja makan boleh laras. Meja makan ini boleh dilipat menjadi kecil dan boleh diletakkan diruangan yang kecil setelah selesai penggunaannya (selesai makan). Meja ini juga boleh dikembangkan mengikut saiz tertentu seperti untuk kegunaan satu orang dan boleh dilaraskan sehingga maksimum yang mencukupi sehingga 5 orang.




BEZA PENULISAN ARTIKEL VS TESIS?

KANDUNGAN ASAS PENULISAN ARTIKEL


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS