RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

CARA PENULISAN PENGENALAN ARTIKEL ๐Ÿ˜„

0 comments

Sunday, June 14, 2020

CARA PENULISAN PENGENALAN ARTIKEL

Seperti dalam mana-mana drama filem, permulaan sebuah filem perlu ditonjolkan agar menarik perhatian penonton untuk terus mengikuti episod seterusnya.๐Ÿ˜€ Begitulah juga dengan penulisan pengenalan sebuah artikel, penulisan pengenalan yang baik akan menarik perhatian orang lain atau penilai dan mereka Dalam penulisan pengenalan, ada beberapa aspek yang perlu di beri perhatian.  Ada lima perkara yang perlu ada dalam penulisan pengenalan iaitu:

a) Sejarah berkaitan fokus kajian anda..๐Ÿ˜€
b) Perkenalkan jurang kajian anda๐Ÿ˜†
c) Perkenalkan perbincangan dalam jurang๐Ÿ˜—
d) Perkenalkan sokongan/ cadangan penyelesaian/ fokus kajian๐Ÿคจ
e) Kepentingan kajian๐Ÿคฅ

Contoh ringkas: 

Tajuk kajian: Emas Sebagai Cagaran Terhadap Pinjaman Peribadi Untuk Menurunkan Risiko Hutang Tidak Berbayar

 

Sejarah ringkas

Kegagalan bank dalam pengurusan risiko dapat dilihat daripada pengurusan hutangnya. Kegagalan pengurusan hutang boleh menimbulkan risiko kecairan yang menjurus kepada insolvensi atau ketidaksolvenan. Ianya juga akan mengundang pelbagai risiko lain seperti risiko kredit, reputasi, pengeluaran, kecairan, operasi dan akhirnya terdedah kepada risiko ketidaksolvenan.

Menurut BIMB, risiko kredit berpunca daripada semua urus niaga yang boleh membawa kepada tuntutan sebenar, luar jangka atau berpotensi terhadap mana-mana pihak, peminjam atau penanggung obligasi. Jenis risiko kredit yang dianggap penting oleh bank termasuk: risiko mungkir, risiko penyelesaian, risiko penumpuan kredit, risiko pengurangan baki/kredit dan risiko migrasi.

Risiko mungkir berlaku apabila syarikat atau individu tidak akan dapat membuat bayaran yang diperlukan pada obligasi hutang mereka. Risiko mungkir berlaku kepada semua jenis pinjaman. Pinjaman yang paling berisiko adalah pinjaman tunai atau juga dikenali sebagai pinjaman peribadi. Sekiranya risiko mungkir tidak diurus dengan baik, bank akan terdedah kepada risiko hutang lapuk. Hutang lapuk dianggap sebagai kerugian kepada sesebuah bank. Ini disokong oleh kajian lain yang mendapati bahawa pinjaman tidak berbayar atau hutang lapuk menyebabkan bank mengalami risiko untuk beroperasi.

 

Perkenalkan jurang kajian

Bank sentiasa mencari jalan untuk menurunkan risiko. Namun, kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh bank masih tidak membantu untuk mengurangkan risiko mungkir. Pada tahun 2014, sebanyak 17 bank di Amerika Syarikat telah tutup disebabkan kebankrapan atau insolvensi. Justeru itu, pengurusan bank-bank Islam perlu lakukan inisiatif dalam usaha untuk mengurangkan risiko mungkir yang membawa kepada hutang lapuk. Setiap tahap kutipan ini sentiasa perlu dipantau dan dinilai pada bila-bila masa. Sekiranya ada satu kaedah atau model kutipan yang baik, pinjaman tidak berbayar di perbankan Islam dijangka menurun kepada menjadi lebih baik. 

 

Perkenalkan perbincangan dalam jurang

Pengurusan kredit penting dalam mengurangkan risiko mungkir dan mengurangkan akaun delinkuen. Pemantauan dan tindakan agresif perlu dilaksanakan segera apabila akaun telah masuk dalam kategori delinkuen. Antara risiko yang berlaku akibat ketidakcekapan dalam menguruskan kutipan balik hutang adalah risiko kredit dan risiko operasi kepada bank. Ini kerana risiko merupakan suatu ketidakpastian yang dapat menimbulkan kerugian.

 

Perkenalkan sokongan/ cadangan penyelesaian/ fokus kajian

Satu kaedah yang perlu dilaksanakan adalah penggunaan emas dalam pembiayaan peribadi. Emas memainkan peranan signifikan apabila berlaku krisis politik dan ekonomi serta pergolakan pasaran ekuiti di mana emas boleh mencapai harga yang paling tinggi. Krisis kewangan ASEAN dan ketekanan politik di Afrika Selatan merupakan faktor yang signifikan dalam mempengaruhi harga emas (Cai et al., 2001). Hal ini turut dinyatakan oleh kajian lain (Smith, 2002) yang menyatakan “apabila persekitaran ekonomi menjadi tidak stabil, adalah lebih baik melabur emas sebagai pelindung kekayaan.” Beliau menyatakan berdasarkan kejadian serangan pengganas pada 11 September 2001 di mana saham Financial Times Stock Exchange (FTSE) mengalami penurunan iaitu sebanyak 9% manakala harga emas di London meningkat sebanyak 7.45%.

 

Kepentingan kajian

Kajian ini dapat membantu pihak bank dalam mencari alternatif untuk menawarkan pinjaman peribadi berasaskan Qardul Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah. Di samping itu ianya satu kaedah baru atau langkah awal bagi menangani jumlah hutang tidak berbayar. Oleh kerana risiko memberi kesan kepada kewangan bank, maka sebolehnya risiko cuba dihapuskan dan dielakkan melalui beberapa pendekatan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menerangkan satu kaedah baru iaitu pengenalan emas dalam pinjaman peribadi yang dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan risiko kredit. 


****************************


Amacam? ๐Ÿ˜ Boleh ikut?? Atau nak tau teknik-teknik lain untuk menghasilkan pengenalan yang lebih mudah?? sila ikuti siri bengkel kami yang akan datang. Rahsia akan terbongkar..


Sekian, harap membantu


p/s: Perlukan bantuan untuk membuat semakan kajian anda? sila pm

Semoga bermanfaat.


BEZA PENULISAN ARTIKEL VS TESIS?

KANDUNGAN ASAS PENULISAN ARTIKEL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS