RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

TIPS PENULISAN ARTIKEL EXSPRESSSS

0 comments

Tuesday, March 31, 2020





Pernah tak rakan-rakan anda kongsikan conference atau seminar yang mana tarikh conference tersebut hanya beberapa hari saja lagi.  Apa yang anda akan jawab.. alaaa tak sempat..


Ada beberapa tips yang perlu ketahui jika anda benar-benar nak buat penulisan exspressss..

1. Tanya penganjur minimum pages yang mereka terima.. Biasanya minimum 5 atau 6 pages saja bagi conference2 yang biasa2..

2. Buat artikel konsep

3. Sekiranya artikel penyelidikan, buat survey online. Dapatkan sebanyak mungkin responden, atau sekurang-kurangnya bilangan yang valid untuk pilot test (30-50). Online ni setengah hari pun boleh dpt data sekiranya kita ada grup ws tertentu seperti pelajar.

4. Untuk exspressss, klu dh dpt data.. boleh mulakan terus dengan membuat analisis yang mudah. Seperti deskriptif, t-test, regression dll.. Ini mungkin akan mengambil sehingga 2-3 pages dengan memasukkan jadual, rajah dan lain-lain. contohnya.. jadual analisis responden pun dan sampai separuh (1/2) page. Selebihnya, baki 2 - 3 pages barulah kita cukupkan dengan yg lain. Seperti:
a) Abstrak: Suku page
b) Pengenalan: Setengah page 
c) Sorotan kajian: Setengah page
d) Metodologi: Suku pages 
e) Perbincangan dan kesimpulan: 3/4 page
f) Rujukan: Setengah page

Tak nak juga nak tulis.. bayar jerr org buat.. hi hi


Semoga FORMULA ini membantu

Dr.D



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa tu Signifikan??

2 comments

Sunday, March 22, 2020

Maksud Signifikan



Perkataan signifikan selalu kita temui apabila membaca hasil penyelidikan. Signifikan bermaksud "ada hubungan" di antara pemboleh ubah kajian.

Sering kita temui juga signifikan positif atau negatif.

Signifikan positif bermaksud peningkatan variable tidak bersandar (IV) akan meningkatkan variable bersandar (DV).

Contoh:

IV: Masa belajar
DV: Keputusan peperiksaan

Hasil kajian menunjukkan masa belajar adalah signifikan positif terhadap keputusan cemerlang.

*ini bermaksud apabila masa belajar meningkat, keputusan peperiksaan juga akan meningkat.

Sebaliknya, maksud tidak signifikan adalah "tiada hubungan" di antara IV dan DV.

Contoh:

IV: Masa belajar
DV: Keputusan peperiksaan

Hasil kajian menunjukkan masa belajar adalah tidak signifikan terhadap keputusan kecemerlangan.

*ini bermaksud masa belajar tiada hubungan dengan keputusan cemerlang atau bahasa mudahnya masa belajar tiada kena mengena dengan kecemerlangan pelajar. Pelajar tidak belajar pun boleh cemerlang.

Dr.D
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA YANG ANDA CARI DALAM JURNAL??

0 comments

Friday, March 20, 2020

APA YANG ANDA CARI DALAM JURNAL??

Ramai yang menghabiskan masa untuk mencari jurnal.. 
Dan apabila jurnal telah ditemui dan di download, tak tahu nak baca bahagian mana.. nak cite bahagian mana... dan terus simpan menjadi koleksi.. hmm..


Ada banyak tips.. Untuk kali ni.. Saya kongsikan satu tips...

(1) Sekiranya anda ingin membuat pendahuluan, rujuk bahagian kesimpulan atau implikasi dasar jurnal tersebut.

(2) Sekiranya ingin menambah penulisan Literatur, rujuk juga bahagian kesimpulan.

(3) Sekiranya x fahami artikel tu.. baca abstrak dan kesimpulan..

(4) Sekiranya nak buat kesimpulan artikel anda.. rujuk juga kesimpulan artikel tersebut..

Faham x??

Sila komen...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH PENULISAN IMPAK PRODUK (PRODUCT IMPACT) DALAM REPORT

0 comments

Thursday, March 19, 2020


PRODUCT IMPACT
(IMPAK PRODUK)

CONTOH 1

IMPAK PRODUK INOVASI: 4IN1 Stepper Motor Training Kit


Kelebihan Produk:

1. Alat bantuan mengajar yang interaktif dan mesra pengguna.
Dibantu dengan Graphical User Interface (GUI) yang dihasilkan menggunakan Microsoft Visual Studio, ini menjadikan alat bantu mengajar lebih menarik dan berkesan untuk memudahkan para pelajar memahami dan mengendalikan stepper motor.

2. Kompeten dalam mengendalikan stepper motor menggunakan 3 kaedah utama.
Alat bantu mengajar ini akan menjadikan para pelajar lebih berkemahiran dalam membuat penyambungan stepper motor sama Ada menggunakan Basic Control Circuit, Microcontroller atau PLC. Ini kerana training kit yang dihasilkan ini memfokuskan bukan sahaja kepada kaedah program tetapi turut menitikberatkan cara penyambungan.

3. Peningkatan produktiviti.
Melalui alat bantu mengajar yang diilhamkan ini, masa pembelajaran dapat diminimumkan dan kos membeli alat bantuan mengajar dapat dikurangkan. Ini kerana jika sebelum pelaksanaan produk ini, banyak masa yang digunakan untuk memahami stepper motor menggunakan 3 kaedah yang berbeza di samping memerlukan pembelian alatan yang berlainan. Ini secara langsung memudahkan para pelajar dalam mengaplikasikan kaedah yang terlibat dalam projek akhir pelajar.


CONTOH 2

IMPAK/ KEBERKESANAN PRODUK INOVASI: FLIP NOTE

1. Pelajar lebih mudah mengingati ciri-ciri dokumen perniagaan tersebut.

2. Memupuk perasaan seronok pelajar khasnya dalam mengenali dokumen
perniagaan.

3. Memudahkan pensyarah untuk membimbing pelajar khasnya yang lemah atau
sukar mengingati bagaimana merekod dokumen perniagaan.

4. Panduan kepada pelajar untuk merekod urus niaga di dalam kelas mahupun dalam
persekitaran kerja yang sebenar.

5. Selain itu ia bukan sahaja boleh digunakan di peringkat kolej, malahan boleh
digunakan untuk pelajar peringkat sekolah menengah dan individu yang tiada asas
perakaunan kerana ia mudah difahami.

6. Prestasi pelajar dalam menjawab kuiz telah meningkat kerana ia membantu
pelajar mengingati fakta semasa mengulang kaji pelajaran.

7. Selain dari itu, para peniaga juga boleh menggunakan Flip Note ini sebagai
panduan atau rujukan mereka dalam mengenali fungsi-fungsi dokumen tersebut.

8. Bagi Kolej Komuniti khasnya ia boleh dijadikan sebagai cenderahati atau bahan
aktiviti promosi untuk menarik bakal pelajar mengikuti program berasaskan
perakaunan dan perniagaan sepenuh masa atau kursus jangka masa pendek
seperti Program Pengoperasian Perniagaan

Sumber:



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA PENULISAN BUSINESS PROJECT ANALYSIS AND FINDINGS (ANALISIS DAN HASIL PROJEK PERNIAGAAN)

0 comments



Berikut merupakan contoh penulisan analisis SWOT dalam report akhir.


BUSINESS PROJECT ANALYSIS AND FINDINGS

(ANALISIS DAN HASIL PROJEK PERNIAGAAN)



PENDAHULUAN
Pada bahagian ini akan diterangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis terperinci dan analisis umum.

ANALISIS SWOT
Analisis S.W.O.T adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam perancangan dan persediaan dalam sesuatu perniagaan.  S.W.O.T adalah merupakan singkatan kepada ayat Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats. Objektif pembentukan S.W.O.T ini adalah bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strength dan Weaknesses adalah merupakan analisis dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran.
Seramai 30 individu terlibat dalam analisis ini iaitu 10 daripada kalangan pelajar, 10 daripada orang awam dan 10 daripada pensyarah Politeknik Kota Kinabalu. Mereka telah memberikan pandangan mereka mengenai produk kami. Hasil daripada pandangan mereka yang kami kumpul, kami telah rumuskan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1 di bawah.




Jadual 1: Analisis SWOT

Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas, terdapat 4 kategori yang akan diterangkan. (boleh rujuk

a) STRENGHT(KEKUATAN)

Kekuatan produk perniagaan kami adalah sumber daya dan kemampuan yang boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan keunggulan kompetitif. Kekuatan syarikat kami adalah seperti berikut:

·                     Paten
·                     Nama-nama jenama yang kuat
·                     Reputasi yang baik di antara para pelanggan
·                     Kos keuntungan
·                     Menguntungkan akses kepada rangkaian pengedaran

b) WEAKNESS(KELEMAHAN)

Dalam analisis ini, kami mendapati terdapat beberapa kelemahan pada produk kami. Kelemahan ini berpunca daripada kelemahan pengeluaran dan kelemahan sumber yang kami peroleh. Kelemahan ini juga disebabkan pengurusan organisasi syarikat kami yang masih baru beroperasi. Sementara kapasiti ini boleh dianggap sebagai kekuatan yang pesaing tidak boleh berkongsi juga boleh dianggap sebagai lemah jika pelaburan yang besar dalam kapasiti perkilangan mencegah syarikat dari memberi reaksi yang cepat terhadap perubahan persekitaran yang strategik. Antara kelemahan kami adalah:

·                     Kurangnya perlindungan paten
·                     Nama jenama yang lemah
·                     Reputasi yang kurang baik
·                     Kurangnya akses kepada sumber daya alam terbaik
·                     Struktur kos tinggi

c) OPPOTUNITY(PELUANG)

Analisis SWOT yang dijalankan juga menunjukkan terdapat persekitaran luaran yang boleh mendedahkan peluang baru untuk keuntungan dan pertumbuhan. Beberapa peluang tersebut merangkumi berikut:

·                     Kedatangan teknologi baru
·                     Tidak memenuhi keperluan pelanggan
·                     pelonggaran peraturan
·                     Pengeluaran halangan perdagangan antarabangsa


d) THREAT(ANCAMAN)

Walau bagaimanapun, hasil analisis SWOT juga mendapati perubahan persekitaran luaran juga boleh hadir ancaman bagi sesuatu syarikat. Ancaman tersebut ialah:

·                     Munculnya produk pengganti
·                     Pengeseran selera pelanggan dari produk-produk syarikat
·                     Peraturan Baru
·                     Hambatan Perdagangan meningkat


Sumber:



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENULISAN ABSTRAK PENULISAN/ PENYELIDIKAN

0 comments

ABSTRAK   

Abstrak atau sinopsis kajian akan ditulis pada awal penulisan tesis, artikel, jurnal, buku atau sesuatu penulisan. Tujuan penulisan abstrak adalah untuk menggambarkan keseluruhan penulisan atau kajian yang kita akan atau telah jalankan. Antara kandungan penting yang perlu ada dalam penulisan abstrak adalah: 

A) latar belakang kajian/ projek, 
B) objektif kajian/ projek, 
C) instrumen yang digunakan, 
D) hasil kajian, 
E) kepentingan kajian dan implikasi dasar kajian dan 
F) kata kunci. 

Semua perkara tersebut perlu ditulis dengan ringkas dan padat. Sebahagian jurnal menghadkan bilangan perkataan, seperti tidak boleh melebihi 200, 250, 150 patah perkataan. Bagi penulisan abstrak dalam tesis sebaiknya tidak melebihi satu muka surat. Sebagai panduan, lihat contoh-contoh yang disediakan.

CONTOH PENULISAN ABSTRAK

TAJUK:

Tanggapan Sokongan Organisasi Dan Penglibatan Aktiviti Kerohanian B40 Muslim Yang Berhutang

ABSTRAK

Dalam Islam, organisasi mempunyai peranan yang penting dalam usaha untuk membangunkan harga diri dan hubungan sosial warganya. Pengkaji barat seperti Maslow juga mencadangkan supaya pengurus organisasi mengenal pasti kekurangan dalam keperluan pekerjanya kerana perkara ini boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang. Tahap keperluan motivasi Maslow dapat dipenuhi melalui bentuk sokongan organisasi melalui program-program berbentuk penghargaan dan sebagainya. Justeru kajian ini dijalankan untuk menilai tanggapan terhadap sokongan majikan dan tahap penglibatan aktiviti kerohanian dan sosial masyarakat Felda Kumpulan B40 yang dapat membantu dalam pembentukan harga diri dan hubungan sosial. Seramai 378 sampel warga Felda Kumpulan B40 di Lahad Datu, Sabah yang berhutang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan statistik skor min. Hasil kajian mendapati tanggapan warga Felda B40 yang berhutang terhadap sokongan majikan adalah pada tahap sederhana. Manakala penglibatan aktiviti kerohanian dan sosial adalah pada tahap rendah. Implikasinya, kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Felda, majikan-majikan dan pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk merangka pelan pembangunan insan bagi memperkasakan lagi hubungan sosial B40 menurut acuan syariah.


Kata Kunci: Sokongan Organisasi, Aktiviti Kerohanian dan Sosial, Berpendapatan Rendah (B40)

Seperti contoh di atas, berdasarkan warna

A) latar belakang kajian/ projek, 
B) objektif kajian/ projek, 
C) instrumen yang digunakan, 
D) hasil kajian, 
E) kepentingan kajian/ projek dan implikasi dasar kajian dan
F) kata kunci. 


Cara penulisan abstrak bagi projek/ produk:

MEJA BOLEH LARAS

Abstrak

Pada masa kini ruangan merupakan isu utama dalam rumah mahupun pejabat. Disebabkan harga rumah semakin mahal, kemampuan orang juga semakin berkurang. Laporan ini telah banyak disiarkan dalam akhbar tempatan. Justeru itu, ramai orang hanya mampu membeli rumah yang kecil. Kesannya, ruangan dalam rumah seperti bilik tamu, bilik tidur dapur dan juga semakin mengecil. Tempat untuk meletakkan perabot seperti meja dan kerusi juga terhad. Berdasarkan kepada masalah ini, satu produk perlu dibina bagi menyelesaikan masalah ruang. Oleh itu, objektif produk kami adalah untuk membina meja makan boleh laras. Meja ini dihasilkan daripada kayu yang ringan dan menggunakan penyambungan engsel. Meja makan ini boleh dilipat menjadi kecil dan boleh diletakkan di ruangan yang kecil setelah selesai penggunaannya (selesai makan). Meja ini juga boleh dikembangkan mengikut saiz tertentu seperti untuk kegunaan satu orang dan boleh dilaraskan sehingga maksimum yang mencukupi sehingga 5 orang.

Kata kunci: Rumah, ruangan, meja boleh laras


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MULAKAN PENULISAN ANDA DENGAN SATU ARTIKEL

0 comments

Wednesday, March 18, 2020


Bagi anda yang nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan penyelidikan tetapi kekurangan idea untuk memulakan penulisan. Kami mencadangkan supaya anda mengikuti langkah-langkah mudah yang berikut.

(a) Cari atau pilih satu artikel yang mudah anda fahami. Mudah difahami??? Maksudnya dengan membaca tajuk artikel tersebut, sedikit sebanyak anda merasakan anda faham tujuan kajian tersebut. Walaupun anda belum membaca abstrak kajian tersebut, tetapi hanya dengan melihat tajuknya pun anda merakan kajian tersebut adalah ringkas dan mudah. Contohnya bila anda mencari-cari bahan pembacaan.. anda terjumpa artikel berikut:




atau artikel yang lebi mudah seperti:


Tajuk di atas mungkin mudah bagi anda kan? sebab tajuk tersebut hanya melihat tahap kan.. terdapat lagi penulisan/ penyelidikan di internet yang mempunyai tajuk-tajuk yang mudah.. 

(b) Sekiranya anda rasa tajuk-tajuk diatas adalah mudah, anda boleh teruskan men download artikel tersebut dan memulakan pembacaan santai dan membaca abstrak dan kesimpulan artikel tersebut. Anda faham abstrak tersebut? anda faham kesimpulan artikel tersebut?? 

(c) Sekiranya anda benar-benar memahami penulisan artikel tersebut, adakah anda ingin menghasilkan penulisan seperti artikel tersebut?? atau anda tidak faham cara membaca abstrak dan membaca kesimpulan??

*simpan artikel tersebut.. cuba luangkan masa untuk membaca.. dan tunggu step seterusnya..kami akan menerangkan macamana untuk menghasilkan artikel yang serupa seperti artikel yang anda baca...

semoga bermanfaat..

Wassalam

Dr. Dicky Wiwittan
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN ARTIKEL

0 comments
TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN ARTIKEL

Assalamualaikum

Adakah anda menghadapi masalah untuk memulakan penulisan bahagian PENDAHULUAN?

Sekiranya anda tidak mempunyai idea, kami mencadangkan supaya anda membuat penulisan PENDAHULUAN mengikut tajuk kajian anda..

Sebagai contoh..

Tajuk kajian anda ialah "Pengaruh hubungan kawan terhadap penglibatan dalam program kerohanian"

Mengikut tajuk di atas dua pemboleh ubah dikenal pasti iaitu:
a) Pemboleh ubah tidak bersandar (IV): Hubungan kawan
b) Pemboleh ubah bersandar (DV): Program kerohanian

Justeru untuk memulakan penulisan PENDAHULUAN, penulisan pendahuluan perlu diberi penekanan DV anda iaitu Program kerohanian (DV)..

Contoh cadangan ayat PENDAHULUAN

"Program kerohanian amat penting dalam membentuk peribadi seseorang... bla.. bla.." (tulislah sehingga beberapa ayat/ perenggan) ..."Statistik menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia adalah rendah" (boleh masukkan statistik sekiranya terjumpa kat mana2)

peranggan seterusnya adalah dengan menimbulkan isu daripada DV juga.. DV di atas adalah HUBUNGAN KAWAN..

Sekiranya anda tidak mahir dalam pernyataan masalah.. perenggan seterusnya secara santai sahaja seperti

"Banyak kajian telah menguji faktor yang mempengaruhi penglibatan dalam program kerohanian seperti dorongan ibu bapa.. bla bla" (masukkan satu atau dua citation).. "namun kajian ini ingin melihat SAMA ADA TERDAPAT HUBUNGAN KAWAN TERHADAP PROGRAM KEROHANIAN..selepas itu masukkan satu atau dua ayat berkaitan kepentingan hubungan kawan contohnya.. "kajian telah mendapati hubungan kawan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tingkah laku seseorang seperti pembelian barang dll"..

selepas itu teruskan dengan objektif.

oleh itu objektif kajian ini adalah untuk melihat SAMA ADA TERDAPAT HUBUNGAN KAWAN TERHADAP PROGRAM KEROHANIAN..

Semoga membantu..

Sekian




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERLUKAN PERKHIDMATAN MEMBUAT ARTIKEL

0 comments

Saturday, March 14, 2020

BELAJAR MEMBUAT ARTIKEL
Image may contain: possible text that says 'Anda perlukan bantuan untuk siapkan tesis analisis data. penulisan literatur penulisan kertas penyelidikan, perlukan bimbingan untuk analisis PLS- SEM? Kami sedia membantu. PM 0138200835.'
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURSUS PENULISAN ARTIKEL PANTAS

0 comments
Kursus Penulisan Conceptual Paper 4 April 2020 di Politeknik Kota Kinabalu Pukul 9-12


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS