RSS
This nice dating theme is compatible with WordPress 2.8, ready for threaded comments come with WP 2.8, and tested on various major web browsers. For better usability, we integrated the widely.
ads

PENULISAN SKOP KAJIAN / PROJEK

0 comments

Monday, September 7, 2020

 

SKOP KAJIAN / PROJEK

Skop merujuk kepada limitasi atau setakat mana kajian kita hendak dilaksanakan.

Contoh:

Tajuk projek: Sampul Surat Ajaib

Disebabkan masa dan kos yang terhad, projek kami menetapkan skop / limitasi dalam perkara berikut:

a)      Penyelesaian isu         : Untuk menyelesaikan isu surat menyurat di dalam Poli Sahaja

b)      Teknik pemilihan idea           : Soal selidik

c)      Lokasi                                    : Politeknik Kota Kinabalu Sahaja. Politeknik lain tidak termasuk.

d)      Pakar penilai SWOT  : 2 Pakar luar, 5 pensyarah dan 20 Pelajar.

e)      Cara penilaian             : Borang SWOT akan dihantar kepada pakar dan dinilai secara ONLINE

f)       Deskripsi produk        :

                                                              i.      Kegunaan – Untuk penghantaran surat sahaja

                                                            ii.      Pengguna – Staf dan pelajar Politeknik sahaja

                                                          iii.      Kos – Tidak melebihi RM500

                                                          iv.      Peralatan yang diperlukan – Barcode, scanner, magnet

                                                            v.      Fungsi – Mengesan penilik sampul surat


Ada paper2 penyelidikan tak pandai siap2?😅

Mari coahing bersama Dr.D..


Kita ada inovasi nak kongsi. Bole guna untuk pembantu membina draf kajian anda sebelum penulisan sebenar.

1. https://drive.google.com/drive/folders/1QkvxRJAfLeJCiglWeoTgkyqeVfXtpFXS?usp=drive_link

2. https://kit-penulisan-draf-k-v0i9.glide.page

3. utk buku fizikal. Sila pm sy 0138200835.

Dh guna nnt, jangan diam2, credit kat saya. minta surat penerimaan😁

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA PENULISAN SITUATION ANALYSIS (SWOT) DALAM PROPOSAL

0 comments

Sunday, September 6, 2020

 Contoh cara penulisan situational analysis dalam proposal projek pelajar.

Tajuk Projek: Secure Letter Box

Situation Analysis

Penilaian projek merupakan suatu kemestian bagi sesebuah organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan projek yang dilaksanakan. Terdapat organisasi yang menilai program sama ada di peringkat awal, pertengahan atau di akhir sesuatu aktiviti. Namun begitu, kumpulan kami akan memilih untuk dinilai setelah projek siap sepenuhnya. Untuk menilai kekuatan produk kami, kami memilih penilaian analisis SWOT. Analisis SWOT merupakan teknik yang digunakan untuk memahami kekuatan dan kelemahan produk kami di samping untuk mengenal pasti peluang dan ancaman yang kami bakal hadapi. Sehubungan dengan itu, beberapa orang pakar akan yang ditugaskan untuk menilai produk ini seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam membuat penilaian. Disebabkan produk yang kami hasilkan adalah berkaitan dengan penyediaan peti surat, antara pakar yang kami pilih adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1:

Jadual 1: Senarai pakar penilai projek

Bil

Nama

Jawatan & Organisasi

Kepakaran

Cara penilaian SWOT

1.

Ali bin Abu

Pegawai Pembungkusan (Pos Malaysia Berhad)

Pembungkusan

Melalui Borang Online

2.

Abu bin Ali

Penghantar Bungkusan (J&T Express)

Penghantaran

Bersemuka (Meminta meluangkan masa ketika menghantar surat ke Politeknik)

3.

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

 

Di samping itu kami akan memilih 5 orang awam termasuk pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dan untuk membuat penilaian SWOT ke atas kami. Berikut adalah pensyarah yang telah bersetuju untuk membuat penilaian terhadap produk kami seperti yang dapat diperhatikan pada Jadual 2.

Jadual 2: Senarai pensyarah pakar penilai projek

Bil

Nama

Jawatan

Kepakaran

Cara penilaian SWOT

1.

Dicky

Pensyarah Projek

Analisis

Melalui Borang Online

2.

Ramdan

Pensyarah Pemasaran

Pemasaran

Isi Borang Bersemuka

3.

Kevin

Pensyarah Mekanikal

Pembuatan Mesin

Isi Borang Bersemuka

4.

Hasbullah

Peniaga Runcit

Berniaga

Isi Borang Bersemuka

5.

Ah Leong

Peniaga Runcit

Berniaga

Melalui Borang Online

 

Selain itu, kami juga mendapatkan pandangan daripada 10 pelajar Politeknik Kota Kinabalu untuk membuat penilaian SWOT ke atas kami. Kami memilih pelajar daripada kalangan pelajar Jabatan Mekanikal kerana mereka boleh memberikan pandangan kerana berkaitan pembuatan mesin kami. Berikut adalah pelajar yang telah bersetuju untuk membuat penilaian terhadap produk kami seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Senarai pelajar penilai projek

Bil

Nama & No Matrik

Jabatan

Cara penilaian SWOT

1.

Ali bin Abu (07dpr18f2025)

Jabatan Mekanikal

Melalui Borang Online

2.

Abu bin Ali

Penghantar Bungkusan (J&T Express)

Isi Borang Bersemuka

3.

 

 

 

4.

 

 

 

 

 * Kesilapan besar. Banyak pelajar telah pun menulis siap-siap menulis sendiri analisis SWOT dalam proposal projek mereka. Mereka sendiri yang menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman produk mereka. Ini salah. SWOT adalah penilaian daripada pakar dan Nama dan identiti mereka perlu didedahkan. Full analisis SWOT daripada pakar perlu di masukkan dalam final report (masukkan semua komen). Untuk proposal, hanya terangkan analisis apa nak guna, cth SWOT, terangkan apa itu dan kelebihan SWOT, dan cadangkan nama-nama pakar penilai dalam proposal. Yang terbaik SWOT di jalankan di awal projek iaitu idea kita sudah pun dinilai oleh pakar yang berkaitan. Tetapi perlu juga di masukkan penulisan seperti di atas untuk meletakkan beberapa pakar untuk menilai projek/ produk akhir nanti.

*Pemilihan pakar penilai mestilah sepadan / berkaitan dengan produk yang dijalankan. Pemilihan yang tidak tepat menjadikan analisis SWOT yang dijalankan tidak ada nilai (tidak boleh pakai). 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS